Tuesday, February 25, 2020

Memory Waktu Intern 1

Hai dan selamat sejahtera 😊

Setelah sekian lama mendiam. Terasa juga nak menulis. Haha.

Sebenarnya sekarang ni tengah rasa rindu nak intern sebab tertengok gambar-gambar dalam phone. Kitorang intern dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang dari bulan Ogos-Disember 2019. Sepatutnya 3 bulan je, camana ntah terlebih sebulan 😂😂😂.. Seronok dikelilingi engineers and staff yang baik dekat situ.

Aku intern dengan seorang kawan, Zuhairah. Nasib laa ada dia haha sebab aku takde lesen nak bawak motor and memang tak pandai bawak motor pun hermm. Sendu jap. Kitorang selalu overtime. Dalam sejam gitu je. Cukupla dapat elaun lebih sikit hehe.. Daripada duduk rumah tak masuk duit 😁... Then satu hari tu, akak-akak ni ajak makan sekali dekat bawah jambatan kedua Pulau Pinang.😘



Dekat bawah jambatan tu ada banyak foodtruck and gerai. Disebabkan tak pernah sampai, teruja lain macam 😅😅 Btw, scenery waktu petang tu lawa. Mendung-mendung macam nak hujan. Boleh bayang laa kot camana kitorang makan laju waktu tu sebab tak ada bumbung atau payung masa makan tu. Nanti makan kuah laksa air hujan hehe..


Kitorang makan laksa Penang, then sambung makan goreng pisang chocolate. Terbayang pula sedap masa makan tu. Ermm mok lagi hahaha. Lepas makan je, aku dengan Zuhairah pergi tebing pantai. Tengok ada orang memancing, main layang-layang.. Kalau waktu tu bawa baju and tak ot, rasanya dah terjun mandi kot 😂😂.. Dengan pakai kasut bertutup berlari laa duduk dekat tebing tu.. Macam budak kecik duk berlari macam tu. Adoii. Nasib pasir tak masuk kasut. Jenuh nak ketuk kasut tu nanti nak bersihkan. Waktu ni pun minggu-minggu nak habis intern dah. So, nak luangkan masa dengan staff-staff dekat situ.




Dah puas main pasir, naik atas batu plak. Main lompat-lompat atas batu hahaha. Maybe stress kot masa kerja sebelum tu. Seriously, lepas tengok air laut, langit mendung, orang-orang dekat situ and of course laa makan.. terasa segar and seronok nak sambung balik buat kerja dekat production.

Bagi aku gambar ni menarik sebab nampak gigih dia nak ambil gambar hehe 😅😅



No comments:

Post a Comment

Thank you ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...