Tuesday, February 25, 2020

Memory Waktu Intern 1

Hai dan selamat sejahtera 😊

Setelah sekian lama mendiam. Terasa juga nak menulis. Haha.

Sebenarnya sekarang ni tengah rasa rindu nak intern sebab tertengok gambar-gambar dalam phone. Kitorang intern dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang dari bulan Ogos-Disember 2019. Sepatutnya 3 bulan je, camana ntah terlebih sebulan 😂😂😂.. Seronok dikelilingi engineers and staff yang baik dekat situ.

Aku intern dengan seorang kawan, Zuhairah. Nasib laa ada dia haha sebab aku takde lesen nak bawak motor and memang tak pandai bawak motor pun hermm. Sendu jap. Kitorang selalu overtime. Dalam sejam gitu je. Cukupla dapat elaun lebih sikit hehe.. Daripada duduk rumah tak masuk duit 😁... Then satu hari tu, akak-akak ni ajak makan sekali dekat bawah jambatan kedua Pulau Pinang.😘

Friday, December 9, 2016

PERKAD-UITMPP

Hari debaran. ecececeh~

Aku ada video kawad kaki tu. Tapi kat mana ntah aku letak. Yup banyak fail. haha
Macam biasa. Tak sempat makan. Just sempat minum seteguk je. hahah bangun lambat lagi.
Komander Alif yang bagi hukuman kat kitorang. Ingat lagi masa first2 aku dengan bk Jpam lain jumpa dia. kah3 semua statik jadi batu kat situ. Ye, aku tergolong sekali. 

PERBARISAN UITMPP

Hai. (^.^)/
Lantak lee. Nak juga cerita walaupun dah lepas. Nak jugakkkk.  hehe
Kat UiTM Pulau Pinang ni banyak aktiviti. Hahaha. Semua tempat ada aktiviti.

Malam haritu kitorang ada berlatih kawad kaki untuk PERKAD nanti. Amekk kau. Kawad satu Uitm rasanya time tu hujan renyai2 kot. Nasib aku tak demam. Imun kuat nohh. Time tu aku jadi bakal komander lagi.

UiTM KAMPUS BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Assalamualaikum semua ^^

Lama tak update blog ni. Huhu . Sibuk dengan assignment semua.

Sekarang ni baru first week sem 2. Koh3 baru sekarang nak cerita.

Alhamdulillah sekarang aku belajar kos mekanikal di UiTM Bukit Mertajam atau UiTM Pulau Pinang. Sebenarnya sama ja tempat tu. Merantau la ke negeri orang (T-T) dari Pahang ke Penang. Tak sangka pula dapat situ. Ingat dapat dekat2 dengan kakak dekat Bukit Besi. Meleset.. haha
Apa-apapun rezeki aku di sana. Haha always be positive. Yeah   !!
Kos mekanikal ramai siswa. Kiranya siswi batch aku banyak la juga intake. Tak silap aku 30 kot berbanding dengan batch senior, dalam 12 orang ja. Tapi ada yang keluar tukar kursus.. so, tolak2 aku tak tahu.

Kelas mekanikal daripada A sehingga Q kot ke S.. Aku kelas K.

Tuesday, March 8, 2016

KEPUTUSAN SPM 2015

Assalammualaikum semua ^^
4 hari dah berlalu keputusan SPM diumumkan.
Hati memang berdebar giler la masa tu. nak terkeluar jantung pun ada.. Ecececeh..
Takda lah sampai macam tu sekali.

Well, walaupun keputusan SPM tahun lepas merosot, tapi aku dah berikan yang terbaik yang aku boleh buat.

Wednesday, December 9, 2015

2 NOVEMBER 2015 - 2 DISEMBER 2015

Assalammualaikum semua..
Baru sekarang boleh on. Sepanjang form 4 until form 5 (dah habis sekolah dah pon.) kat sangat-sangat busy. Yela kan... SPM.

Kenapa tajuk 2 November 2015-2 Disember 2015..?

Sebab.... Jeng3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...