Saturday, May 26, 2012

Istana Negara Lame

Hari tu, keluarga aku pergi 'Pameran Raja Kita' dekat Istana Negara Lama... Bukan selalu pun datang masuk istana kan? Siapa yang taknak masuk?  Ni baru kat luar istana. Tak masuk agi..

Istana tu besar sangat. Kalau aku bagi tau pon buat ape? Korang sendiri pun taw kan? Pameran Raja Kita ni bermula dari 16 April -15 Jun 2012. Ade masa lagi nak pergi.. Kitorang jalan-jalan dulu dekat halaman istana tu. Ada pdang untuk helikopter nak mendarat. Selepas ambil gambar tu, kitorang masuk dalam pula.

Ops!!! Maaf. Gambar senget sikit. Takpe kan? Teleng je kepala korang. Nanti nampak la. Rugi kalau tak pergi istana tu. Tapi, satu tempat je. Dia tak bagi masuk bilik lain. Ni gambar baju Sultan Kedah pakai masa pertabalan baginda.Cantik jugak baju ni.Ade pingat lagi tu.

Ni mahkota sultanah. Cantik kan? Rasa nak pakai.. Cnatik sangat.. Dibuat daripada permata berlian.. Termasuklah biji permata berlian yang besar @ kecil.. Permata berlian tu..Ade lambang negeri Kedah. Tak tahu nak tulis apa lagi. masuk gambar lagi la... hehehe

Cap mohor diraja. Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan negeri Melayu serta tertulis perkataan 'Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu' dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini. Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949. Aku just ambil dari kenyataan yang dia tulis tu je..

Kenal tak tempat ni? Semua orang tahu.. tak tanya pun tahu dah kan? apelah aku ni, tanye entah bende2 pulak.. Tapi, nampak kecik je kan? besar..ni zoom in. patut nampak kecik.


Watikah Pertabalan Sultan Abdul Halim sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-5,1970. Tulisan jawi tu.. Aku cabar korang siapa yang dapat baca tulisan jawi ni aku bagi hadiah.. dalam mimpimu yang indah. hahahaha
Pakaian Istiadat Pertabalan. Kalung Diraja. Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ia diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran diraja daripada waktu pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang subang, keronsang dan kerabu.

Gendik Diraja. Gendik ialah hiasan kepala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Pada tengah-tengah di atas awan larat terdapat anak bulan dan bintang kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gendik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran diraja dari pada waktu pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong. Gendik ini dibuat khas supaya boleh dicerai menjadi loket dan keronsang.

Pameran Raja Kita. Kalau pijak karpet die.. lembut sangat. tapi, bukan kat sini pertabalan tu.. kat tempat lain. ni dewan je.. bilik lain tak boleh. Ade sebab2 tertentu. Istana Negara Baru kan dah siap. Yang baru lagi luas, besar, tenang n berangin.. macam nak terbang je kat istan baru tu. Tak masuk, dok luar je.

peace!!! berehat dulu sebelum nak balik. Sebenarnya banyak lagi nak tunjuk.. tapi takpela. terlebih  banyak plak. bkn banyak tulisan, banyak gambar sebab tak tahu nak tulis apa.Lembut karpet dia dahla sejuk kat dalam ni.. br... hahaha

Hai.. Kat air pancut depan istana. Nampak tak bangunan kat belakang ni? Besar kan? istana ni dibeli drpd orang Cina. Pastu dorang besra-besarkan. Kalau tak silap lah.

Macam wallpaper dalam enset.. Besar cam gini la.. ade lagi kat belakang...
ok...  It's time for us to bla dari sini. Sedih  sangat nak balik sebab mesti sampai malam atau pagi..itu pun kalau tak melencong gi mane2 shopping..sakit kaki berjalan.. tapi, hati terhibur juga. walaupun terpaksa kejar masa denag kelam kabut.. ok.. babai!! *w*

No comments:

Post a Comment

Thank you ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...