Friday, December 9, 2016

UiTM KAMPUS BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Assalamualaikum semua ^^

Lama tak update blog ni. Huhu . Sibuk dengan assignment semua.

Sekarang ni baru first week sem 2. Koh3 baru sekarang nak cerita.

Alhamdulillah sekarang aku belajar kos mekanikal di UiTM Bukit Mertajam atau UiTM Pulau Pinang. Sebenarnya sama ja tempat tu. Merantau la ke negeri orang (T-T) dari Pahang ke Penang. Tak sangka pula dapat situ. Ingat dapat dekat2 dengan kakak dekat Bukit Besi. Meleset.. haha
Apa-apapun rezeki aku di sana. Haha always be positive. Yeah   !!
Kos mekanikal ramai siswa. Kiranya siswi batch aku banyak la juga intake. Tak silap aku 30 kot berbanding dengan batch senior, dalam 12 orang ja. Tapi ada yang keluar tukar kursus.. so, tolak2 aku tak tahu.

Kelas mekanikal daripada A sehingga Q kot ke S.. Aku kelas K.
Kelas aku perempuan asalnya 5 orang. Tapi sekarang tinggal 3 ja. Sorang ke IPG. Sorang lagi tukar kursus. So, kami bertiga ja bersama.
Aku tak banyak sangat cakap dalam kelas sebab aku taka da benda nak kata. Krik2 gitu.
UiTM Pulau Pinang ni banyak ja tempat kalau nak gi jalan2 ka apa. Paling dekat AEON dekat belakang UiTM. Cuma kena jalan sikit ja. Jadi, rajin-rajin la bakar lemak ke sana. Jimat duit ^^
Aku paling rajin pon, jogging dalam Uitm ja^^ 

Well, sebenarnya sepatutnya au ade dekat LIBK.. Tapi tak ada rezeki nak jadi komander .  Just kawan2 aku yang BK Kesatria ja yang pergi ^^ agak sedih d situ. Apa2 pun, all the best to  me . hehehe -.-‘


UiTM Bukit Mertajam ni tempatnya besar juga. Kelengkapan pun lengkap. Kat sini ada empat kolej siswi. (Kristal A, Kristal B-degree student , Nilam , Zamrud ). Siswa... Kolej Baiduri, Delima .. ada lagi tapi aku tak ingat.

Kolej kristal ni macam rumah. Satu rumah ada dua bilik. Satu bilik tu 4 orang. Kafeteria pun banyak juga. Mesin basuh pun ada. Kalau rajin dan sempat boleh basuh sendiri baju. 

Kat sini ada kos mekanikal, elektrical, hotel, kulinari, awam.
Bas pun ada. Prebet , teksi pun ada. Senang kalau nak gi mana2. Kereta sewa pun ada. Bolehlah kalau ada LESEN. Ok? ^^

Takat ni je kut nak cerita. Nak tangkap gambar kolej pun macam malas.
Ok penyakit malas sudah datang.

5 comments:

  1. Nak tanya, kat uitm ni ada padang tak?

    ReplyDelete
  2. Hi , saya nak tanya . Masih ingat tak kursus apa yang ada ditawarkan ? Saya dapat kursus kulinari dan bercadang nak tukar ke bisnes , di uitm tu ade tawarkan banyak kursus ke ? Saya google nak cari senarai tawaran kursus tapi tak ada :( .

    ReplyDelete
  3. Rasanya dekat UiTM Merbok ada kursus bisnes.Kalau dekat UiTM Penang ada kursus kulinari, hotel management, food service, pastry, tourism, mechanical, civil dengan electrical. Kalau degree, kos hotel , mechanical dengan chemical. Selain tu , yang akak tahu, ada akaun, animasi, seni reka, senibina, jurutera bahan, undang-undang,farmasi, sains kesihatan.. Yang akak ingat laa.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nak tnya. dkt uitm bm ada Kos pendidikan kulinari tak ? utk ijazah ?

    ReplyDelete

Thank you ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...