Assalamualaikum semua
^^
Lama tak update blog
ni. Huhu . Sibuk dengan assignment semua.
Sekarang ni baru
first week sem 2. Koh3 baru sekarang nak cerita.
Alhamdulillah
sekarang aku belajar kos mekanikal di UiTM Bukit Mertajam atau UiTM Pulau
Pinang. Sebenarnya sama ja tempat tu. Merantau la ke negeri orang (T-T) dari
Pahang ke Penang. Tak sangka pula dapat situ. Ingat dapat dekat2 dengan kakak
dekat Bukit Besi. Meleset.. haha
Apa-apapun rezeki aku
di sana. Haha always be positive. Yeah
!!
Kos mekanikal ramai
siswa. Kiranya siswi batch aku banyak la juga intake. Tak silap aku 30 kot
berbanding dengan batch senior, dalam 12 orang ja. Tapi ada yang keluar tukar
kursus.. so, tolak2 aku tak tahu.
Kelas aku perempuan
asalnya 5 orang. Tapi sekarang tinggal 3 ja. Sorang ke IPG. Sorang lagi tukar
kursus. So, kami bertiga ja bersama.
Aku tak banyak sangat
cakap dalam kelas sebab aku taka da benda nak kata. Krik2 gitu.
UiTM Pulau Pinang ni
banyak ja tempat kalau nak gi jalan2 ka apa. Paling dekat AEON dekat belakang
UiTM. Cuma kena jalan sikit ja. Jadi, rajin-rajin la bakar lemak ke sana. Jimat
duit ^^
Aku paling rajin pon,
jogging dalam Uitm ja^^
Well, sebenarnya
sepatutnya au ade dekat LIBK.. Tapi tak ada rezeki nak jadi komander . Just kawan2 aku yang BK Kesatria ja yang
pergi ^^ agak sedih d situ. Apa2 pun, all the best to me . hehehe -.-‘
UiTM Bukit Mertajam ni tempatnya besar juga. Kelengkapan pun lengkap. Kat sini ada empat kolej siswi. (Kristal A, Kristal B-degree student , Nilam , Zamrud ). Siswa... Kolej Baiduri, Delima .. ada lagi tapi aku tak ingat.
Kolej kristal ni macam rumah. Satu rumah ada dua bilik. Satu bilik tu 4 orang. Kafeteria pun banyak juga. Mesin basuh pun ada. Kalau rajin dan sempat boleh basuh sendiri baju.
Kat sini ada kos mekanikal, elektrical, hotel, kulinari, awam.
Bas pun ada. Prebet , teksi pun ada. Senang kalau nak gi mana2. Kereta sewa pun ada. Bolehlah kalau ada LESEN. Ok? ^^
Takat ni je kut nak cerita. Nak tangkap gambar kolej pun macam malas.
Ok penyakit malas sudah datang.
Nak tanya, kat uitm ni ada padang tak?
ReplyDeleteAda.
DeleteHi , saya nak tanya . Masih ingat tak kursus apa yang ada ditawarkan ? Saya dapat kursus kulinari dan bercadang nak tukar ke bisnes , di uitm tu ade tawarkan banyak kursus ke ? Saya google nak cari senarai tawaran kursus tapi tak ada :( .
ReplyDeleteRasanya dekat UiTM Merbok ada kursus bisnes.Kalau dekat UiTM Penang ada kursus kulinari, hotel management, food service, pastry, tourism, mechanical, civil dengan electrical. Kalau degree, kos hotel , mechanical dengan chemical. Selain tu , yang akak tahu, ada akaun, animasi, seni reka, senibina, jurutera bahan, undang-undang,farmasi, sains kesihatan.. Yang akak ingat laa.
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tnya. dkt uitm bm ada Kos pendidikan kulinari tak ? utk ijazah ?
ReplyDelete